Annual General Meeting Perubahan


Week 7 yang penuh dengan assgnmnts. Minggu paling busy setakat ni. Isnin week 8 kena submit 3 assgnmnt. Rabu 1 assgnmnt. Yas! Seronok! #quantitysurveying #perubahan #pakaibajukurung #everydaypergiclass #banyakassgnmnts #Engkoada?

So bawah ni, 5/2, Khamis lepas ada meeting untuk perlantikan ahli-ahli kabinet 2015/2016.




 Macam biasa, aku datang meeting tu bukan untuk diundi oleh sesiapa tapi aku datang untuk mengundi. Aku datang dengan selekehnya, tudung senget sebelah (ok tipu)

Aku punya semangat nak tengok budak part 3 lelaki mana yang bakal jadi presiden sebab 70% student part 3 aku kenal. Alaaa aku pun part 3, mesti lah ramai kawan kan. Tapi sedikit terkilan sbb takde SORANG pun budak lelaki part 3 datang meeting. Mcm mana nak lantik? Serious kecewa sikit.

Diaorang skip dulu pilih presiden. Next, Naib presiden. Budak part 2 lelaki. Alhamdulillah, nampak gak ramai yang bertanggungjawab.

Third, Setiausaha. Serious aku terkejut gila bila ieyra pergi calonkan nama aku. Perkataan pertama keluar dekat mulut aku .... hm takyah lah bgtahu. Tu semua plan Ezza. Hoho Serious aku taknak ada jawatan langsung pasal perubahan ni.

Then, kena naik atas pentas. Wohoo! Syuha pun dicalonkan oleh mala(classmate) dia jadi setiauasaha! haha yes! Dan ada lagi sorang budak perempuan tak tahu nama tapi aku kenal dia kahkah. Aku serious aim syuha yang dapat jawatan setiausaha tu sbb nampak dia lagi bagus and pandai. Dari situ aku mcm 'fuhhh, lega!'

Memandangkan budak lelaki part 3 takde, lect buat keputusan suruh amek perempuan. Dan lagi sekali ieyra calonkan nama aku. Ieyra tahu tak hani kat atas pentas sbb dicalonkan jadi setiausaha? Kenapa letak nama hani dekat presiden lagi?

Lepas tu, masing-masing boleh duduk tempat sendiri sementara ahli kabinet yang lama kira undi. Andddd yasss! Tasha buat show! HAHAHAHA Tasha menyanyi weh. Tak malu betul budak tu. Dia tak sedar ke ex dia kat depan tu haa tgh tgk dia nyanyi? Hahaha

Tapi serious cakap suara tasha tak hambar. Sedap weh! Serious tak tipu! Nice lah tasha, just nice. Seriously. Im so proud of you. Engko tak tahu aku punya semangat time tu and at the same time aku doa biar tak ramai orang undi aku kahkahkah Nampak sangat taknak pegang jawatan tu hani huhu


Time presiden bgtahu result tu, nama aku paling banyak undian. Wey serious taknak. Sama juga dengan jawatan setia usaha. Aku paling banyak undian. Engkorang ni kes tak puaih hati dengan aku ke apa sampai undi aku suruh jadi amek jawatan besar-besar ni?

Aku punya menggigil time buat aku janji ni wey, ish dah mcm kena parkinson tahu? Nah gambar


Aku punya hambar tak reti apa-apa tetiba kena angkat sumpah. Ya Allah malu teramat sangat. Serious serious serious serious tak tipu. Crush aku tengah duduk kat bawah tu wey. Lagi aku malu hahahaha kbye. 

Oh, lepas je angkat sumpah semua tu, aku terus menangis duduk kat kerusi. Nampak lagi aku punya taknak ada jawatan tu? Hahaha weh jawatan besar weh. Besar sangat ni. Banyak benda aku fikir. Sedar diri ni tak baik mana, tak pandai handle, takut tak reti bahagikan masa study, maintain pointer, dengan orang judge sana sini sbb presiden seorang mahasiswi. Last presiden seorang mahasiswi tahun 2011 rasanya. Mantan presiden cakap~

Tapi, nasib baik ada ramai members & seniors yang banyak bagi kata-kata semangat. Lega sekejap dengar. Serious sayang diaorang gila-gila! Bersyukur gila kenal dengan ramai kawan yang baik-baik. Alhamdulillah.

Tahu tak bila kita dah ada jawatan, apa jadi lepas tu? Time tu lah baru nampak siapa "kawan" :) Datang nak kawan dengan aku sbb apa? Faham-faham je lah.

Friends for a reason. Biasa lah tu manusia. Kita dah ada jawatan sikit, baru terhegeh-hegeh datang. Bukan sorang aku nampak. Ramai :)) Positif thinking je diaorang datang sbb betul-betul nak support aku. hehe

Last but not least, insyaAllah aku try jadi presiden perubahan yang bertanggungjawab selama mana aku kena jadi. Ready mental dan fizikal bak kata mantan presiden yang sekarang dia part 6. Sejak aku masuk course ni, baru 3 aku kenal presiden perubahan. And nampak sangat yang diaorang baik, rajin & bertanggungjawab. Engko jangan malas pulak Hani.

JOM JAGA NAMA BAIK PERUBAHAN KITA ELOK-ELOK OK AHLI KABINET 2015/2016 ? INSYAALLAH. 


Lanjew satu gambar selfie dengan Alinda before pengundian start
(Seronok buat muka huduh dari muka normal)

No comments:

Post a Comment